Pencari jodoh di Baituljannah.com diyakini tidak tertipu

11 Jun 2022 • 10:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 JUN: Pengguna portal mencari jodoh muslim, Baituljannah.com diyakini mereka selamat daripada sebarang penipuan, kata pengarah urusannya.

Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon berkata pengguna yang berdaftar dengan laman web itu tidak perlu bimbang kerana segala maklumat terjaga dan hanya dikongsi apabila mencapai tahap yang ditetapkan.

“Memang ada pasangan yang cuba menipu dan tidak jujur tetapi kes terpencil. Jangan malu dan ragu-ragu untuk menggunakan carian jodoh atas talian.

“Laman web kita bukanlah seperti aplikasi ‘dating’ yang sekadar borak bebas tanpa pemerhatian. Kita kini sedang mengkaji penggunaan panggilan video yang juga dipantau orang ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Borak Santai ‘Jodoh Online: Mencari Bahagia atau Sengsara’ yang disiar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor malam tadi.

Dr Wan Hasifi yang baharu tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia berkata pendaftaran pengguna menunjukkan peningkatan hampir tiga kali ganda sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dua tahun lalu.

“Pendaftaran ketika itu mencecah kira-kira 6,000 pengguna dalam satu hari dan 90 peratus daripada golongan wanita.

“Namun kini pengguna kembali normal dan pendaftar golongan lelaki meningkat kepada 40 peratus, agak seimbang berbanding sebelum ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved