Honor Watch GS 3 Turut Diumumkan – Harga Bermula RM899

TechnologyDigital
1 Jun 2022 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain daripada peranti pintar dan aksesori audio, rangkaian peranti boleh-pakai Honor untuk pasaran Malaysia turut dikemaskini. Melaluinya, Honor Watch GS 3 telah diperkenalkan dengan dua variasi iaitu RM999 (tali kulit dengan pilihan warna Ocean Blue & Classic Gold) dan RM899 (tali getah berwarna Midnight Black).

image is not available

Dari segi binaan, bezel jam tangan pintar ini diperbuat daripada tubuh berasaskan kaca 3D yang bebas daripada masalah kotoran cap jari. Skrin yang digunakan sebesar 1.43-inci AMOLED beresolusi 465×465 pixel dan kepadatan piksel 326 ppi. Di samping itu, keseluruhan tubuh turut sama melepasi piawaian kalis air sehingga 5 ATM.

image is not available

Dari segi fungsi pula, ia lengkap dengan beberapa sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk – pengesanan kadar degupan jantung sepanjang hari, tekanan udara dan memantau pola tidur. Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi sehingga 100 mod sukan berbeza untuk kemudahan pengguna.

image is not available

Bateri 451mAh yang disertakan mampu bertahan sehingga 14 hari atau 30 jam jika GPS diaktifkan sepanjang masa. Lain-lain spesifikasi yang turut disokong adalah kebolehan menjawab panggilan, proses tambatan pantas menerusi bluetooth 5.0, terdapatnya storan dalaman sebesar 4GB dan sebagainya.