Ketua ‘Gangster’ Remaja ‘All Brothers’ Menangis Sujud Di Kaki Bapa Lepas Dibebaskan Polis

Entertainment
4 Jun 2022 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk yang baru sahaja nak meniti usia remaja, sudah semestinya pelbagai benda nak dicuba ketika muda. Tapi ramai yang time sekolah dulu nakal betul tapi bila dah besar dan dewasa, berubah jadi lebih baik dan matang. Biasa la tu kan.

Baru-baru ini di Indonesia pula, viral kisah seorang remaja yang menjadi ketua kumpulan gangster telah menangis bersujud di kaki ayahnya selepas dibebaskan oleh polis.

image is not available

Menurut Detik.com, 18 orang remaja yang merupakan anggota kumpulan gangster All Brothers di Bogor, Indonesia telah dibebaskan oleh polis namun apa yang menjadi perhatian ialah apabila mereka meminta maaf dan bersujud di kaki ibu bapa masing-masing tanda keinsafan.

Lagi menarik perhatian apabila ketua gangster tersebut dilihat menangis ketika meminta maaf kepada ayahnya.

Bapa remaja berkenaan juga menerima permohonan maaf anaknya itu sambil mengatakan jangan buat lagi perbuatan itu.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan polis ketika berkonvoi di kawasan Ciampea, Bogor dan polis kemudiannya mendapati salah seorang daripada mereka membawa senjata tajam iaitu sabit kecil.

image is not available

Pihak polis juga menasihati kesemua mereka agar berubah dan tidak melakukan perkara itu lagi kerana boleh menjejaskan masa depan mereka nanti.

Difahamkan juga, kumpulan gangster All Brothers ini juga dah dibubarkan.

Mungkin dia dah insaf lepas kena tahan polis. Harapnya dia betul-betul berubah la kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.