Fujifilm X-H2s Diperkenalkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM11888

TechnologyDigital
2 Jun 2022 • 4:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fujifilm Malaysia kini hadir dengan kamera digital nircermin baharu di bawah rangkaian siri-X untuk pasaran tempatan iaitu Fujifilm X-H2s. Ia hadir dengan sensor 26.16-Megapixel X-Trans CMOS 5HS baharu, yang mana dikatakan dua kali ganda lebih baik berbanding pendahulunya. Ia sekaligus membolehkan meningkatkan kualiti imej lebih baik pada ISO yang rendah, dalam masa sama mengurangkan masalah hingar pada ISO yang tinggi.

image is not available

Sistem autofokus (AF) juga kini lebih baik dengan menjejak subjek lebih pantas dan tepat seiring dengan pemproses kecerdasan buatan (AI). Dalam masa sama, ia turut dibangunkan dengan teknologi Deep Learning bagi meningkatkan prestasi keupayaan mengesan subjek bergerak dalam kontras yang rendah dengan lebih baik. Di samping itu, kamera ini juga hadir dengan sokongan rakaman video mencapai 6.2K/30P dalam 10-bit 4:2:2 dengan pilihan FHD/240P atau 4K/120P. Tidak ketinggalan, sistem penstabilan (IBIS) lima paksi terbina disertakan.

image is not available

Di Malaysia, Fujifilm X-H2S dijual pada RM11,888 tanpa lensa. Bersama-sama dengannya, Fujifilm Malaysia turut hadir dengan dua penawaran lensa baharu iaitu X-H2S, XF150-600mmF5.6-8 R LM OIS WR yang dijual pada RM9,138. Sementara itu, XF18-120mmF4 LM PZ WR pula berharga RM4,108. Setakat artikel ditulis, tiada informasi lanjut mengenai tarikh jualan untuknya yang diketahui.