“Tanam sayur, ternak haiwan” – MB Perak Saran Rakyat Buat ‘Aktiviti Pertanian’ Untuk Kegunaan Sendiri

Entertainment
1 Jun 2022 • 1:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pertanian sara diri bukanlah sesuatu yang baru, ia termasuklah menghasilkan sebahagian besar atau semua makanan anda di tanah anda sendiri dengan sedikit atau tiada modal luaran atau bantuan daripada orang atau organisasi lain.

Bagaimanapun, aktiviti tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda tinggal di bandar.

image is not available
Menteri besar datuk saarani mohamad

Kebelakangan ini, banyak berita mengenai kekurangan bekalan makanan dan sebagai langkah berjaga-jaga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaran rakyat untuk menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri.

“Sayur-sayuran boleh ditanam manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya bekalan itu berlebihan.

Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar,” katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, MB Perak itu juga berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga barangan mentah.

Bagaimanapun, respon MB Perak itu tidak berapa disokong oleh netizen dan ramai yang mempersoalkan bagaimana pula bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat seperti flat atau apartmen.

image is not available

Hmm, mungkin kalau ada contoh rakyat boleh ikut kot?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.