“Gambar tak kena dengan bukti” – Peguam Johnny Depp Jelaskan Amber Kalah Hanya Sebab…

Entertainment
10 Jun 2022 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah seorang peguam dari ‘Team Johhny Depp’ dalam kes melibatkan Johnny Depp dan Amber Heard baru-baru ini telah mendedahkan antara sebab Amber Heard kalah adalah keraguan yang timbul dalam bukti gambar yang dikemukakan pasukan guaman Amber.

Pelakon yang sinonim dengan watak Captain Jack Sparrow tersebut baru-baru ini telah memenangi kes tuntutan ke atas bekas isterinya itu setelah mahkamah telah mengarahkan Amber untuk membayar ganti rugi sebanyak 15 juta USD kepada Johnny Depp.

Jumlah itu bagaimanapun dikurangkan kepada 10.35 juta (RM45.5 juta) oleh hakim. Dalam keputusan berasingan, Depp juga diarah untuk membayar ganti rugi $2 juta kepada Heard melalui tuntutan balas yang difailkan terhadapnya.

image is not available

Depp difahamkan turut memfailkan tuntutan kehadap bekas isterinya itu berkenaan sebuah artikel yang diterbitkan oleh Washington Post pada tahun 2018 tentang pengalaman pelakon wanita berkenaan keganasan rumah tangga.

Pasukan peguam yang mewakili Depp mengatakan bahawa dakwaan itu membayangkan Depp melakukan penderaan secara fizikal dan seksual semasa hubungan mereka walaupun tidak dinamakan secara jelas dalam artikel itu.

Tampil menjelaskan perkara yang belaku selepas tamat perbicaraan, peguam Ben Chew menjelaskan tentang beberapa keraguan serta kelemahan pada bukti-bukti yang dikemukakan oleh pasukan undang-undang Heard.

image is not available

Paling ketara adalah bukti video dan gambar yang dikatakan telah diambil oleh Heard sendiri dan dikemukakan sebagai bahan bukti. Menurutnya, gambar-gambar tersebut tidak membuktikan apa-apa.

Tambahnya lagi, salah satu bukti yang digemari oleh pasukan Heard adalah video Johnny Depp menghempas kabinet. Menurutnya itu sangat meragukan.

“Walaupun video tersebut diambil oleh Heard, apa tujuan disebalik video berkenaan? Nak tunjuk suami pada mood dia berada dalam keadaan tak baik?”, tambah Ben Chew.

Dalam masa yang sama, dia juga mengkritik gambar-gambar yang dikemukakan Amber kerana ia tidak selari dengan kecederaan yang dialami olehnya. Menurutnya lagi, memang Amber mengemukakan banyak bukti bergambar, malangnya ia tiada kesinambungan dengan keterangan kecederaan yang dialami.

Tambah Chew, umum ketahui bahawa Depp akan memakai cincin di hampir kesemua jarinya di kedua-dua belah tangan, jadi kecederaan yang akan dialami oleh Heard akan lebih teruk sekiranya Depp benar-benar memukulnya menurut cerita yang disampaikan Amber.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.