Spotify Akan Beri Lebih Fokus Terhadap Buku Audio

TechnologyDigital
10 Jun 2022 • 9:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Spotify telah pun berkembang menjadi platform penstriman audio yang bukan lagi terhad pada muzik, tetapi juga podsiar. Menurut Spotify, mereka kini mempunyai lebih 4 juta kandungan podsiar dan buku audio dalam platform mereka.

Tahun lepas Spotify turut mengambil-alih syarikat buku audio terkenal Findaway yang kini dalam peringkat akhir perjanjian. Akan datang Spotify turut ingin fokus kepada langganan buku audio untuk menarik lagi perhatian pelanggan sedia ada yang kini mula gemar mendengar podsiar.

image is not available

Buku audio daripada Findaway mempunyai pelbagai format dan ini memberi peluang baik kepada Spotify untuk menjadi platform penstriman audio terhebat dalam industri. Pasaran buku dunia sekarang dikatakan bernilai sehingga $140 bilion (~RM616 bilion), di mana 6%-7% dipegang oleh buku audio (sekitar ~RM37-RM43 bilion).

Spotify juga berpendapat yang pasaran buku audio boleh membantu meningkatkan lagi pendapatan mereka sehingga 40%. Kelak dengan satu langganan pengguna boleh akses muzik, podsiar dan juga buku audio.

image is not available

Menurut laporan The Economist pada awal tahun, Apple juga dijangka akan menawarkan buku audio melalui platform podisar mereka – Apple Podcast. Ia dijangka akan tiba sekitar tahun ini juga. Ini bermakna, Spotify dan Apple kelak akan bersaing dalam industri penstriman audio.