“Duduk Flat, Selera Kondo” – Selamba Pasang Pagar Depan Rumah, Netizen Sekolahkan Penghuni Flat

1 Jun 2022 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, tular satu hantaran video di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ahmad Safwan yang memaparkan sebuah rumah flat yang sedang membuat pengubahsuaian.

Bagaimanapun, menerusi video tersebut dilihat proses pembinaan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa dengan menggunakan jentolak.

Baru-baru ini, tular satu lagi hantaran di laman Twitter memaparkan gambar sebuah rumah di flat pangsapuri yang memasang pagar di kawasan laluan penghuni lain.

image is not available

Apakah punca masalah terbesar dalam kalangan komuniti? Mentaliti yang mementingkan diri.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen telah memberi pelbagai respon, ada yang mengatakan perkara tersebut bukanlah satu kesalahan.

Macam tak salah pun nak buat. Agreement dari rumah-rumah yang nak buat. Mesti ada kes budak-budak datang kacau depan rumah.. main ke melalak ke.. tak kacau jiran sebelah yang lain kan?” tulis seorang pengguna Twitter.

Namun, ada juga yang mengecam penghuni itu kerana menganggap tindakannya sebagai mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

Jangan selfish please. Duduk kawasan rumah b40 buat cara b40. Biar miskin harta jangan tak ada common sense. – Netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Kan Dah Mendapat.." - Selamba 'Renovate' Rumah Flat, Netizen Puas Hati Tengok MPAJ Datang Robohkan