(VIDEO) “Macam tak Ada Otak” – Netizen Kecam Lelaki Selamba Kemas Bonet Kereta Dekat ‘Pump’ Petrol

13 Jun 2022 • 12:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Mohd Hafiz Azizan yang memaparkan tindakan seorang lelaki di sebuah stesen minyak telah mendapat kecaman daripada netizen.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki itu selamba mengemas bonet kereta selepas selesai mengisi minyak kereta.

Malah, dia juga tidak menghiraukan tentang kenderaan lain yang sedang beratur di belakang keretanya sehingga pam minyak tersebut menjadi sesak.

image is not available

Kesian kepada orang belakang, masing-masing nak cepat. Petrol pump ialah tempat isi minyak bukan tempat kemas bonet.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan sebagai mementingkan diri kerana dia sepatutnya menyegerakan urusan bagi memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi minyak.

https://www.facebook.com/groups/1899747076973318/posts/3238800826401263/

Selamba badak, tak ada common sense langsung, kering hatinya. – Netizen.

Bawa parking tepi la.. menyusahkan betul, buat macam tak bersalah,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

(VIDEO) “Terbongkar Jua” - Siti Bainun Saman JKM KL, Individu Ini Dakwa Rina Harun Subahat Lindungi Rumah Bonda