“Nak Kerja Pun Tak Boleh” – ‘Stress’ Anak Selalu Melalak Bila Berenggang, Wanita Akui Rasa Nak Lari

Family & Parenting
1 Jun 2022 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk menjaga seorang anak itu bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang dipaparkan di kaca TV. Banyak fasa rumit yang perlu ditempuhi oleh ibu bapa, lagi-lagi jika anak masih kecil.

Lagi merumitkan keadaan jika anak kecil seorang yang manja sehingga tidak boleh berenggang dengan ibu bapa dan ia juga dipanggil sebagai Separation Anxiety.

Seperti video tular baru-baru ini, seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu meluahkan perasaan ‘penatnya’ menjaga anak kecil yang selalu ingin bersamanya tanpa berenggang.

Jikalau berenggang walaupun beberapa saat, anaknya akan menangis teruk. Oleh sebab itu, banyak kerja yang perlu dilakukan oleh wanita itu tertunda hanya kerana perlu melayan karenah anak kecil itu.

Dalam pada masa yang sama, dia turut memberitahu dirinya bertambah tertekan kerana tidak boleh menambah pendapatan keluarga kerana sifat anaknya seperti itu.

 

image is not available

image is not available

 

Melihat di ruangan komen hantaran video berkenaan, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat wanita itu dan turut memberi pesanan kepada para suami di luar sana agar memberi semangat kepada si isteri serta peka dengan apa yang sedang lalui oleh pasangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) "Sebak Sangat" - Jumpa 'Kembar' Arwah Siti Sarah, Hajat Raisuddin Tercapai Akhirnya