
Kota Kinabalu: Kehadiran kapal peronda China yang menggunakan alasan latihan ketenteraan di Laut China Selatan sangat memberikan teknanan dan menjejaskan ekonomi maritim Sabah, kata Pengerusi Perikatan Nasional Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.
Menurutnya, pencerobohan seumpama ini bukan sahaja merupakan cabaran besar ke atas kedaulatan negara, bahkan turut menyentuh sumber rezeki rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya golongan nelayan.
"Berdasarkan laporan daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia, untuk tahun 2021 sahaja, terdapat 23 pencerobohan sempadan laut oleh China ke atas Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

