Penderitaan Selama 6 Tahun Dengan Amber Heard Dah Berakhir, Kini Johnny Depp Nak Fokus Kerjaya

Entertainment
8 Jun 2022 • 10:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
johnny depp

Selama enam tahun bergelut dengan konflik rumah tangga, Johnny Depp yang telah menang kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard, kini merancang untuk lebih fokus terhadap kerjaya dan dirinya.

Johnny Depp meluahkan dirinya telah menanggung satu beban yang berat selama enam tahun kerana perlu menghadap penderitaan rumah tangganya bersama Amber Heard.

Seni adalah hidup

image is not available

Johhny Depp tak boleh hanya duduk diam tanpa bekerja. Kerjaya seni adalah hidupnya. Keputusan mahkamah sangat adil dan ia satu kemenangan buatnya.

Dia berharap dapat fokus semula kerjayanya dan sedang merancang apa yang akan dilakukan di masa akan datang. Selama enam tahun dia merasakan satu beban dalam hidupnya.

Pelakon Pirates of the Caribeans ini menyatakan beliau suka akan musik tetapi lakonan adalah kehidupannya. Depp kini hanya fokus kepada perkara yang positif dan menghiraukan yang negatif.

Semoga lepas ni kita dapat tengok lakonan Johnny Depp dengan lebih banyak lagi! Keep moving, Jack Sparrow!

Kredit: Mstar | People

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media