Awan Kelantan sedih kejadian ibu muda hamil maut ditembak

6 Jun 2022 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan menzahirkan rasa dukacita, kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seorang ibu hamil tujuh bulan yang maut akibat ditembak di Pasir Mas, pada Sabtu.

Ketua Awan Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, kejadian tersebut mengakibatkan kehilangan bukan sahaja nyawa ibu muda tersebut tetapi bayi dalam kandungan mangsa.

Katanya, tidak tergambar trauma dan kesedihan yang dialami oleh ibu dan keluarga mangsa tersebut akibat kejadian itu.

“Ini adalah keganasan terhadap wanita yang tidak boleh diterima oleh masyarakat bertamadun seperti kita dan mesti dihentikan segera, " katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Hafidzah berkata, Awan juga menggesa kerajaan negeri dan persekutuan meningkatkan usaha bagi menangani dan menghentikan semua bentuk keganasan terhadap wanita.

“Hal ini termasuk langkah holistik pencegahan dan perawatan.

“Langkah juga termasuk kemahiran dalam menangani konflik dan tekanan perasaan agar perkara kekejaman dan menyayat hati seperti itu dapat dielakkan daripada mengancam kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Pada Sabtu, seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek, di sini.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di perut sebelah kiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved