
Umum sedia maklum bahawa pelakon utama Pirates Of Carribean, Johnny Depp telah menang ke atas kes saman berkenaan dengan fitnah yang dibuat oleh bekas isterinya, Amber Heard.
Namun begitu, viral satu video dimana netizen membuat satu konspirasi bahawa peguam kepada Amber Heard, Elaine Bredehoft ini sebenarnya adalah peminat fanatik Johnny Depp dalam diam.
Video ini sebenarnya dah mula viral sejak bulan April/Mei lalu, namun kembali tular setelah mendapat keputusan mahkamah.
Minta autograf masa tahun 2013
Dalam video tersebut, dilihat ada wanita yang mirip dengan Elaine, kelibat wanita berambut pendek berwarna perang itu sedang bersesak ketika premiere untuk filem lakonan Johnny Depp pada 20 Julai 2013 yang berjudul Lone Ranger.
Dalam video itu dilihat wanita yang mirip sepertinya itu bersesak dengan peminat lain sambil memerhatikan Johny Depp yang tengah lalu, malah ada rakaman menunjukkan yang wanita itu mendapat tandatangan daripada Johny Depp.
@syachcho #johnnydepp #johnny #johnnydeppisinnocent #justiceforjohnnydepp #amberturd #amber #fy #fyp #foryoupage #foryou #fypシ #fypage
♬ Pirates Of The Caribbean – Main Theme – He’s A Pirate – Geek Music
Disebabkan itu, ada netizen membuat spekulasi bahawa Elaine ini sengaja buat-buat bodoh supaya nak bagi ‘idola’ dia menang.
Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa bahawa Elaine ini sanggup jadi peguam Amber Heard sebab nak tengok Johnny Depp depan-depan, lapor sumber.


Walaubagaimanapun, kesahihan mengenai identiti wanita itu dengan Elaine adalah sama atau tidak masih belum dikenal pasti.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
