Google Maps tawar ikon kereta Google Street sewaktu anda bernavigasi

Digital
3 Jun 2022 • 10:29 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekitar tahun 2018 lalu, saya ada menulis tentang ciri menukar ikon navigasi pada Google Maps. Ketika itu, ia cuma ada pada Google Maps versi iOS sahaja. Saya tak perasan bilakah fungsi itu tiba di versi Android, tapi buat yang belum tahu, ciri itu sudahpun ada di Google Maps Android.

image is not available

Lebih menarik, ada satu pertambahan ikon baharu untuk dipilih iaitu ikon kenderaan Google Street View.

Seandainya anda ingin mulakan navigasi ke sesuatu tempat berpandunkan Google Maps, anda sepatutnya akan ditawarkan untuk menggunakan ikon ini. Kalaupun ia tidak ditawarkan, anda boleh tap sahaja ikon anak panah yang terdapat di tengah-tengah paparan dan satu tetingkap akan di-pop naik untuk anda pilih.

image is not available

Saya akui yang pilihan di Waze lebih banyak. Setakat yang diperiksa, anda ditawarkan sehingga 31 jenis ikon unik untuk menceriakan ruangan navigasi anda.

Bacaan berkaitan