Oukitel WP19 ada 21,000mAh dalam telefon, apa lagi anda mahu?

Digital
2 Jun 2022 • 10:59 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jenama telefon Oukitel memperkenalkan sebuah telefon yang ada bateri 21,000mAh. Itu adalah angka terbesar pernah saya dengar setakat ini dalam sebuah telefon. Tidaklah pasti kepada siapakah telefon ini ditujukan tapi disebabkan ia turut lulus ujian ketenteraan MIL-STD-810G, saya boleh gambarkan telefon ini di persekitaran lasak seperti hutan belantara.

image is not available

Oukitel tidak pula menyertakan sistem pengecasan yang sesuai untuk mengisi bateri telefon ini dalam masa munasabah. Ia Cuma menyokong sehingga 27W dan untuk mengisi penuh tangki tenaganya, masa yang diambil adalah selama 4 jam.

image is not available

Selain bateri gergasi dan badan yang tahan lasak, spesifikasi yang didukung Oukitel WP19 adalah biasa-biasa sahaja. Atas papan utama ia ada Mediatek Helio G95, RAM 8GB dan storan 256GB. Di bahagian muka, ia ada panel paparan FHD+ 90Hz sebesar 6.78".

Bagi tujuan mengambil gambar, pengeluarnya mengenakan kamera utama 64MP, kamera penglihatan malam 20MP, kamera makro 2MP, dan kamera selfie 16MP.

image is not available

Telefon dengan bateri gergasi bukanlah benda baharu. Dalam tahun 2019 lalu, kami menemukan Energizer Power Max P18K Pop yang ada bateri 18,000mAh di acara MWC 2019.

Harganya dalam pasaran Eropah adalah EUR694 (RM3,249) yang saya rasakan mahal. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.