“Risau kena pukau” – [VIDEO] Wanita Cuak ‘Stranger’ Ketuk Cermin Kereta, Sengih-Sengih Minta RM2

Entertainment
2 Jun 2022 • 10:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cuba korang bayangkan bila korang tengah duduk bersendirian dalam kereta dan tiba-tiba ada lelaki tak dikenali datang dekat dan cuba untuk buat benda yang bukan-bukan? Mesti panik dan cuak punyalah!

Begitulah situasi yang sama terjadi pada seorang wanita ini yang memuat naik video di TikToknya @nuyuaienn merakamkan saat diri dia didatangi oleh lelaki misteri berkopiah ketika sedang bersendirian dalam kereta. Seram sejuk tengok video ni!

Menurut wanita ini yang lebih dikenali sebagai Nurul, lelaki tak dikenali ini menghampiri keretanya lalu mengetuk perlahan cermin. Daripada dalam kereta, kelihatan jelas lelaki berkenaan memakai gelang emas menunjukkan isyarat seperti meminta wang RM2.

image is not available

Mengulas dengan lebih lanjut, wanita ini sebenarnya sedang menunggu ketibaan suaminya yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor.

Menurut Nurul, dia menunggu di dalam kereta lebih kurang 30 minit dan tergerak hati untuk mengunci pintu sebaik lelaki itu hadir. Mujur juga cermin keretanya tinted, jadi orang luar tidak dapat melihat ke dalam kereta dari jauh.

image is not available

“Saya rasa tak sedap hati nampak lelaki berjubah, berkopiah tapi pakai gelang emas” – Nurul

Kata Nurul yang baru berdepan kejadian ini buat pertama kali, dia agak takut dan panik kerana lelaki berkenaan hanya tersengih tanpa berkata apa-apa. Dia juga amat lega kerana sempat bunyikan hon membuatkan lelaki tersebut cepat-cepat beredar. Nurul juga tak pasti stranger tersebut merupakan orang tempatan atau warga asing.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mengatakan yang ini mungkin cubaan untuk memukau mangsa. Ramai yang turut berkongsi pengalaman sama diganggu oleh lelaki misteri.

image is not available

Pastikan korang sentiasa kunci pintu kereta terutama sekali bila tengok kawasan tu sunyi semacam!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.