“Banyak ‘Songeh’ Pulak”- Doktor Dikecam Enggan ‘Posting’ Ke Sabah Sarawak Kerana Alasan ‘Pedalaman’

13 Jun 2022 • 8:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah hantaran berbaur pendapat di Twitter oleh akaun Hartal Doktor Kontrak @Hkontrak baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Ini berikutan menurut akaun tersebut, negara semakin kekurangan pegawai perubatan ataupun doktor lebih awal kerana ramai yang berjaya mendapat jawatan tetap enggan dihantar ke Sabah dan Sarawak.

Kita semakin kekurangan doktor, lebih cepat daripada apa yang kita sangkakan. Yang baru interview ni kalau dapat tetap tapi kena pindah Sabah Sarawak, sesetengahnya tidak akan mengambil peluang, habiskan waktu kontrak dan berhenti.

Berikutan itu, ramai netizen tampil memberi pendapat dan mempersoalkan mengapa para doktor dan pengamal perubatan tanah air seolah-olah ‘memilih’ untuk bekerja di sesuatu negeri di Malaysia.

Nak kerja tetap di jabatan kerajaan tapi tak sanggup berpindah randah mengikut keperluan jabatan. Bila dah terima jawatan, itu la salah satu jobscope yang korang kena terima iaitu akan dipindahkan di mana-mana daerah dalam negara.

Malah, ada yang merasakan Sabah dan Sarawak seolah-olah seperti negeri ‘asing’ kerana ada doktor yang sanggup kehilangan kerja semata-mata hanya kerana enggan dihantar ke negeri itu.

image is not available

Namun, sesetengah netizen merasakan setiap manusia mempunyai masalah peribadi ataupun halangan tersendiri dan memilih untuk tidak berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

“Memilih post kerja? Sambung belajar sampai Mesir Jordan India Russia boleh pulak?” komen seorang netizen.

image is not available 3 hari lalu

"Bebel Je Bukan Carut" - Insiden Restoran 'Makcik Puaka', Anak 'Owner' Perjelas Situasi Sebenar