Iklan Caj Perkhidmatan Doktor Ini Undang Perhatian, Tanya Pasal Penyakit Kat Google Pun Kena Bayar RM57

Entertainment
5 Jun 2022 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebelum ini Lobak Merah pernah melaporkan tentang wanita yang dicaj RM175 kerana menangis di hadapan doktor, kali ni, min nak kongsikan pulak pasal satu doktor di India ni pula yang mengeluarkan satu iklan memperincikan bayaran yang akan dikenakan bagi servis yang diberikan.

image is not available
Gambar hiasan

Kedengaran masuk akal tapi servis ini juga termasuk pesakit perlu membayar RM57 sekiranya mahu mahu bertanya kepada doktor tentang penyakit yang mereka jumpa di Google. Aik???

Memetik laporan NDTV, iklan terbabit mula dikongsikan di laman sosial Twitter sebelum viral di internet. Menerusi iklan terbabit, ada lima servis yang ditulis bersama bayaran yang mencapai hingga sekitar RM141.

image is not available

Berikut merupakan servis dan caj yang ditulis dalam iklan berkenaan:

  • Diagnosis saya, rawatan saya – RM 11.30
  • Diagnosis saya, rawatan anda – RM 28.29
  • Pertanyaan penyakit dari Google – RM56.57
  • Diagnosis anda, rawatan saya – RM84.86
  • Diagnosis anda, rawatan anda – RM113.14

Meskipun ramai yang pelik dengan iklan terbabit, ramai juga netizen yang menyuarakan rasa setuju dengan iklan terbabit. Malah, ada juga yang mengatakan inilah realiti kehidupan zaman sekarang.

“At least doktor ni terus tulis siap-siap berapa dia caj daripada dia caj je tapi tak bagitau apa-apa,” tulis seorang netizen.

Sumber: NDTV

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.