“Apa yang gatal sangat?” – [VIDEO] Wartawan Hiburan Dikecam Lepas Cuba Selak Baju Noki Di AME2021

Entertainment
3 Jun 2022 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang kenal dan ikuti perkembangan Noki dari kumpulan K-Clique ni, mesti korang tahu yang penyanyi ni agak gemar “belanja” bentuk badannya.

Macam baru-baru ni di Anugerah Meletop Era (AME2021), Noki yang telah memenangi Duo/Berkumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP ini telah mengenakan sut tanpa memakai apa-apa baju di dalam.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah viral baru-baru ini video di mana seorang wartawan hiburan Farhana Ab Rahman telah menemubual Noki ketika acara AME berlangsung.

Dalam video yang dikongsikan sendiri oleh Farhana di TikTok menunjukkan dia telah meminta Noki untuk tunjuk badannya di kamera, selepas penyanyi itu mengatakan tak nak, wartawan tersebut telah bertindak untuk menyelak baju Noki sebagai gurauan.

Selepas itu, Noki menjelaskan pemilihan pakaiannya itu adalah disebabkan dia tak expect akan naik ke pentas untuk menerima anugerah dan merancang untuk datang menonton dan memberi sokongan sahaja.

“Apa yang gatal sangat?”

Ekoran perkongsiannya ini, Farhana telah dikecam oleh netizen gara-gara perbuatannya yang dirasakan melampau dan tak patut dibuat serta turut melanggar etika kewartawanan.

image is not available

Menerusi carian, Farhana telah pun memadam video tersebut di TikTok dan menukar privasi akaun Instagramnya ke private selepas menerima pelbagai kecaman dari netizen.

Harap-harap benda ni boleh jadi pengajaran untuk orang kat luar sana. Buat dekat perempuan tak okay, dekat lelaki pun tak okay. Macam mana pun kita perlulah menjaga adab dan tata susila kita.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.