
Kota Kinabalu: Atlet gimnastik Sabah yang akan bersaing di Sukma meraih satu perak dan empat gangsa dalam Kejohanan Gimnastik Terbuka Singapura ke-17 yang diadakan pada hujung minggu lalu.
Walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran pingat, mereka memenangi perak pasukan lelaki menerusi Brandon Denoley Luise, Ammar Zafi Mohd Firdaus, Abd Izzat Daniel Abd Rauf, Jacob Hezron Andreas, Charlie Richie Chong dan Liew Jun Xiang.
Pingat gangsa dimenangi oleh Brandon Denoley Luise (keseluruhan individu, lombol), Abd Izzat Daniel (gelang) dan Liew Jin Xiang (palang sejajar).


