Ciptaan ‘Lampu Spider’ Jalan Sendiri Bikin Netizen Berbelah-Bahagi, Ada Kata ‘Smart’ Tapi Ramai Seram

Design
12 Jun 2022 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti korang pernah alami perasaan nak terbuang air waktu malam, tapi tandas pulak jauh. Kalau kat kampung pulak, ada yang jenis tandas kat luar, lagi harey nak keluar malam-malam tu…

image is not available

Mengambil inisiatif berdasarkan masalah ini, seorang jurutera teknologi maklumat di Jepun telah mencipta sebuah lampu pintar dilengkapi kaki robot seperti labah-labah untuk menerangi jalan anda ke tandas.

Berkongsi ciptaannya itu di laman sosial Twitter, jurutera yang menggunakan username Ianius telah memuat naik satu video pendek menunjukkan bagaimana ciptaannya itu berjalan sendiri menggunakan kaki labah-labah robotiknya.

image is not available

Difahamkan, lampu berkenaan dibeli di kedai biasa manakala kaki robotik itu pula direka khas oleh Ianius dan perlu dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Pun begitu, Ianius berharap suatu hari nanti dia dapat menghasilkan kaki robotik yang boleh berjalan secara automatik.

Korang boleh tengok video lampu tu kat bawah ni:

Dalam satu temu bual, bapa kepada dua anak itu berkata, inspirasi disebalik ciptaan itu terhasil daripada kenangan zaman kanak-kanaknya dimana dia sendiri takut untuk ke tandas pada waktu malam kerana keadaan gelap.

“Saya rasa ia boleh menyumbang kepada rasa selamat kerana ada rakan yang boleh diharapkan untuk berjalan dengan saya dalam gelap,” katanya.

Korang rasa berguna atau seram?

Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Ianius itu sudah meraih 5.2 juta tontonan di laman Twitter. Meskipun ramai pengguna media sosial yang kagum dengan rekaan berkenaan, ada juga yang menyifatkan ciptaan itu menyeramkan.

image is not available

Tak kurang juga ada yang menyamakannya seperti satu watak patung mainan yang muncul dalam filem Toy Story.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.