Kinabalu Jaguar FC sasar teruskan rentak kemenangan

11 Jun 2022 • 9:26 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kinabalu Jaguar FC (KJFC) menyasarkan untuk meneruskan rentak kemenangan menentang Imigresen FC pada pusingan kedua aksi Kumpulan A dalam saingan M3 di Stadium Likas, petang ini (Sabtu).

Pengurus pasukan, Adzhar Mohamad yakin anak buahnya akan dapat merealisasikan kemenangan selepas membelasah Ultimate FC 6-0 minggu lepas.

“Para pemain menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan dan keyakinan mereka juga bertambah berikutan tiga kemenangan berturut-turut.