Jemaah Umrah Hembus Nafas Terakhir Di Pintu Pesawat

4 Jun 2022 • 5:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang jemaah wanita yang baru pulang daripada menunaikan umrah meninggal dunia sebaik tiba di KLIA, hari ini. - Gambar dari media sosial

KUALA LUMPUR - Seorang jemaah wanita yang baru pulang menunaikan umrah meninggal dunia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Menerusi maklumat dikongsikan mutawif, Zakariya Abd Rasip, jemaah terbabit difahamkan rebah dan pengsan sejurus keluar dari pintu pesawat.

Beberapa kru pesawat dan pasukan perubatan dikatakan cuba menyelamatkan jemaah itu, namun dia disahkan meninggal dunia.

“Alhamdulillah jenazah allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Lok Heng, Kota Tinggi, Johor yang kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat di KLIA selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA,” katanya.

Beliau berkata, laporan sudah dibuat di pejabat Imigresen dan Balai Polis KLIA serta jenazah dihantar ke Hospital Serdang untuk urusan selanjutnya.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” ujarnya. - Getaran, 4 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved