Baru Selesai Tunai Umrah, Jemaah Rebah Sebelum Meninggal Dunia Di KLIA

4 Jun 2022 • 3:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Setiap orang pasti mengimpikan kematian yang husnul khatimah iaitu pengakhiran yang mulia dan baik di penghujung hayat mereka.

Baru sahaja mendarat, jemaah rebah sebelum meninggal dunia

Terbaru, penceramah bebas, PU Amin ada berkongsi pengalamannya ketika dia dan beberapa jemaah umrah yang dibawanya baru sahaja pulang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi perkongsiannya di Instagram, PU Amin menceritakan kejadian mengenai salah seorang jemaah umrahnya secara tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Difahamkan kematian husnul khatimah jemaah umrah wanita itu berlaku seusai sahaja mereka mendarat dan tiba di KLIA.

Jemaah umrah rebah lalu meninggal dunia tatkala pulang mendarat di klia setelah selesai melaksanakan ibadah umrah.

Moga Allah memuliakan Almarhumah Norasiah bt Alwi. Husnul khatimah. Pemergian yang dicemburui. Salam takziah buat seluruh keluarga.

Dapat dilihat, suami kepada Almarhumah turut berada di samping isterinya ketika kejadian itu berlaku.

Kematian dan pengakhiran yang dicemburui

Perkongsian penceramah bebas itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

image is not available

image is not available

image is not available

Salam takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Almarhumah Norasiah bt Alwi. Semoga rohnya ditempat dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: Instagram PU Amin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media