MetMalaysia: Gempa bumi sederhana landa Sulawesi, Indonesia

8 Jun 2022 • 4:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Sulawesi, Indonesia pada 1.32 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 180 kilometer (km) barat dari Palopo, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 19km.

Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA