Padah ingkar arahan, MPHS sita jentolak beroperasi tanpa kebenaran

3 Jun 2022 • 4:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MPHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, individu berkenaan didapati melakukan kegiatan tersebut pada hari berkenaan ketika siasatan dijalankan oleh pihak penguat kuasa pada jam 11.30 pagi.

Menurut kenyataan tersebut, semakan dibuat dan mendapati kerja-kerja tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak MPHS.

"Anggota operasi mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu kompaun di bawah Seksyen 70(A), Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) 1974 kerana menjalankan kerja tanah untuk membuat jalan tanpa kebenaran MPHS.

"Selain itu, satu notis am turut dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(b), Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) 1974 untuk menghentikan aktiviti kerja tanah yang dibuat serta-merta untuk menutup longkang tanpa kebenaran MPHS.

Dalam pada itu, walaupun MPHS memberikan amaran lisan kepada individu berkenaan untuk menghentikan aktiviti kerja tanah tersebut sebelum beredar, individu sama masih meneruskan kegiatan tersebut pada jam 2.40 petang.

Susulan itu, anggota operasi bertindak menyita jentera berat yang digunakan di bawah Seksyen 46(3), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana gagal mematuhi arahan notis am yang dikeluarkan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved