Meta Ingin Berhenti Tawar “Portal” Untuk Orang Ramai – Fokus Pengguna Perusahaan

TechnologyDigital
10 Jun 2022 • 10:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Facebook Portal

Meta atau Facebook sebelum ini sedia menawarkan peranti untuk panggilan video dan akses pantas beberapa informasi, dinamakan Portal. Namun, dengan kesukaran dalam arena perkakasaan, kini Meta dilaporkan ingin lebih memfokuskan penawaran perkakasan kepada pengguna perusahaan berbanding dengan orang ramai.

image is not available

Laporan baharu ini hadir selari dengan Meta dikatakan sedang pertimbang dan menstruktur kembali fokus mereka dalam arena perkakasan.

Portal sebelum ini telah ditawarkan pada 2018 yang lepaas, memudahkan orang ramai melakukan panggilan video – selain turut mengakses lagu dan video.

Selain daripada Meta, pihak Google juga sering lebih memfokuskan penawaran kepada perusahaan berbanding dengan pengguna awam.