Aaron-Wooi Yik gagal 'robek tembok' Wei Keng-Wang Chang

10 Jun 2022 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

HASRAT beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menembusi tembok separuh akhir Kejuaraan Badminton Masters Indonesia tidak kesampaian apabila tewas pada perlawanan suku akhir.

Pada perlawanan di Stadium Istora Senayan, Jakarta itu, Aaron-Wooi Yik yang berstatus nombor enam dunia terpaksa akur kejaguhan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Aaron-Wooi Yik yang bermula garang dengan kemenangan 21-16 pada set pertama bagaimanapun gagal mengekang kebangkitan lawan di set kedua apabila tewas 13-21 sebelum mengakhiri cabaran di set penentuan dengan kekalahan 21-17 dalam masa 49 minit.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan beregu tuan rumah, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dengan 'straight' set 27-25, 21-14.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved