
NEELOFA impikan untuk mengikuti suaminya, PU Riz atau Haris Ismail menyambung pelajaran di universiti di tanah Arab.
Selebriti yang bergelar ibu kepada Muhammad Bilal itu ingin mendalami Bahasa Arab.

“Lofa ingin menguasai Bahasa Arab sepenuhnya, fahami al-Quran dan berinteraksi dalam bahasa itu.
“Satu lagi impian Lofa adalah untuk mengajar orang al-Quran,” katanya yang sedang mendalami isi kandungan kitab suci itu.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor turut mendedahkan lokasi suaminya berhijrah selama beberapa tahun untuk menyambung pelajaran.
Baca juga: Kali pertama sambut Aidilfitri, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000! Terselit 1,000 dirham

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar.
“Dalam masa yang sama nak sesuaikan anak (Muhammad Bilal) kepada persekitaran di sana. Dan saya sendiri boleh ambil peluang itu untuk belajar Bahasa Arab. Sekejap sahajalah, setahun dua,” katanya.
Neelofa yang merupakan bekas hos rancangan televisyen bual, Nona memberitahu perkara itu ketika menjadi tetamu jemputan sempena ulang tahun stesen televisyen itu.
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official
The post Neelofa impi ikut PU Riz sambung belajar, dalami Bahasa Arab appeared first on Sinar Plus.

