Real Madrid destinasi terbaik Pogba

3 May 2020 • 10:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid digesa supaya merekrut bintang Manchester United, Paul Pogba bagi memperkuatkan jentera tengah skuad Los Blancos itu.

Menurut bekas pemain Perancis, Christophe Dugarry, Real adalah persinggahan paling ideal buat Pogba ketika ini biarpun Juventus dikatakan berminat merekrut semula pemain berusia 27 tahun itu.

"Kita semua dapat melihat situasi bahagian tengah Real Madrid yang sudah 'tua'. Ia hakikat yang perlu diterima kerana rata-rata pemain tengah Real Madrid sudah berusia.

"Bahagian tengah merupakan nadi pasukan yang berjuang untuk merobek barisan pertahanan lawan yang mana Pogba tahu bagaimana melakukannya dengan lebih efektif," kata Dugarry.

Biarpun pengendali Real, Zinedine Zidane dikatakan lebih berminat membawa masuk pemain muda pada musim perpindahan akan datang, Dugarry tetap percaya Pogba pilihan terbaik bagi mengetuai jentera tengah Los Blancos.

"Pogba memiliki elemen kuat bagi mengisi bahagian tengah Real Madrid. Ini merupakan musim yang amat sukar baginya dengan kecederaan serta pelbagai masalah dalaman kelab.

"Manchester United tidak berfungsi dengan baik tetapi setiap kali Pogba bermain, ia mencapai standardnya. Jadi saya tidak nampak mengapa Zidane perlu menunggu satu musim lagi untuk merekrut Pogba," ujar Dugarry.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved