Pengguna TuneTalk? Anda Mungkin Mengalami Gangguan Antara 9-13 Disember Ini

TechnologyDigital
9 Dec 2019 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menggunakan rangkaian TuneTalk? Terbaru, pihak TuneTalk telah mengumumkan yang mana penyedia rangkaian mereka, iaitu Celcom akan melakukan penyelenggaraan antara 9 Disember sehingga 13 Disember 2019 ini.

image is not available

Tune Talk mengatakan pengguna di Lembah Klang, Selangor, Johor dan Sabah akan terkesan dengan proses penyelenggaraan ini.

Ketika proses penyelenggaraan, pengguna mungkin mengalami sedikit gangguan melibatkan panggilan suara dan juga data.