Sekiranya anda membesar di dekad 80an, Jepun dilihat sebagai negara yang jauh ke hadapan dalam penggunaan teknologi terkini. Reputasi Jepun sebagai negara yang paling maju kini telah dipintas oleh China tetapi satu teknologi ialah penggunaan eksorangka yang dahulunya hanya wujud dalam bentuk prototaip kini telah ditawarkan kepada umum.

Di Jepun ia dijual pada harga 136,000 Yen (~RM5144) dan boleh dibeli terus dari rangkaian gedung Bic Camera. Menarik sekali di Jepun teknologi yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk industri perkilangan dan ketenteraan boleh dibeli oleh orang awam. Ini sekaligus menjadikan masa depan kerjaya penghantar barangan permainan video Death Stranding semakin hampir menjadi realiti.
