Sebentar tadi kami melaporkan, penerbangan sulung kereta terbang pertama negara ditangguh ke penghujung 2019. Tetapi tahukah anda pada waktu yang sama kereta terbang kedua negara juga kini sedang dibangunkan. Jika kenderaan pertama negara dibangunkan secara usaha sama dengan Jepun, kereta kedua ini pula sedang dibangunkan di Eropah.

Identiti syarikat yang membangunkan kereta terbang kedua negara ini masih lagi misteri. Tetapi kami merasakan ia mungkin mempunyai kaitan dengan Proton selepas syarikat kenderaan pertama negara ini menyatakan hasrat membangunkannya pada tahun 2017. Proton kini di bawah payung Geely yang telah mengambil alih syarikat kereta terbang Terrafugia dan mempunyai pelaburan di dalam Volocopter.
