Dego Ride Kembali Beroperasi Dalam Fasa Ujian – Menawarkan Perkhidmatan Teksi-Motosikal Untuk Diuji Secara Percuma

TechnologyDigital
29 Aug 2019 • 9:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dego Ride merupakan salah satu perkhidmatan teksi-motosikal yang telah beroperasi sekitar 2017 yang lepas, namun menghadapi halangan daripada kerajaan ketika itu. Kini, dengan kerajaan melihat kembali ke arena teksi-motosikal, pihak Dego Ride kini memulakan kembali fasa ujian untuk perkhidmatan teksi-motosikal mereka.

Melalui Dego Ride, pengguna boleh membuat tempahan sama ada untuk menggunakannya sebagai sebuah teksi-motosikal, atau turut menggunakannya untuk menghantar barangan.

Dego Ride sebelum ini mengehadkan jarak maksimum sehingga 3 kilometer, dan mengenakan caj sebanyak RM3. Namun, kini untuk fasa ujian, pihak Dego Ride menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma kepada semua pengguna untuk sekali percubaan. Walaupun ia memperlihatkan caj RM3, tetapi akan ditanggung oleh pihak Dego Ride untuk penggunaan pertama, dan pengguna akan dikenakan caj bermula penggunaan kali kedua sahaja.

image is not available

Pihak Dego Ride mengatakan penawaran perkhidmatan ini tertakluk kepada penunggang motosikal dikawasan berhampiran. Buat masa ini, mereka mempunyai penunggang motosikal di Lembah Klang, Johor dan juga Pulau Pinang.

Bagi anda yang berminat, boleh menguji perkhidmatan Dego Ride ini hari ini.

Layari : Dego Ride