Syed Saddiq Mempertimbangkan Pengenalan Perkhidmatan Teksi-Motosikal Di Malaysia

TechnologyDigital
18 Aug 2019 • 8:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan kini dilihat mempertimbangkan pengenalan perkhidmatan teksi-motosikal atau lebih dikenali sebagai ojek di Malaysia.

Melalui bancian yang dilakukan beliau di Twitter, ia memperlihatkan lebih 90% bersetuju dengan cadangan berkenaan. Ketika artikel ini ditulis, sekitar lebih 25k undian telah dilakukan pada bancian berkenaan.

Langkah ini dilihat akan membantu anak muda dalam menjana pendapatan tambahan, selain membuka kepada peluang ekonomi digital yang baru.

Sebelum ini sendiri, terdapat perkhidmatan teksi-motosikal daripada syarikat tempatan, iaitu Dego-Ride. Walaubagaimanapun, perkhidmatan berkenaan diharamkan disebabkan faktor keselamatan.