Vivo Y50 Turut Dilancarkan Dengan Snapdragon 665 Dan Kuad-Kamera Utama

TechnologyDigital
7 Apr 2020 • 12:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain Vivo V17, Vivo Y50 turut diumumkan pihak Vivo hari ini di Kemboja. Ia adalah peranti kelas pertengahan rendah yang dilengkapi skrin 6,53″ IPS LCD, dijana cip Snapragon 665, memori sebesar 8GB dan storan sehingga 128GB. Penggunaan Snapdargon 665 pada sebuah peranti baharu adalah sedikit mengejutkan kerana ia adalah cip yang sudah agak berusia.

image is not available
Melengkapi spesifikasi ialah kuad-kamera utama ialah sensor 13MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar, 2MP potret dan 2MP kedalaman. Sazi sensor kamera swafoton tidak diumumkkan tetap diletakkan di dalam lubang kamera yang kecil.

image is not availableBateri sebesar 5000 mAh yang digunakan menyokong pengecasan pantas tetapi butiran mengenai kuasanya tidak dikongsi. Pengimbas cap jari fizikal diletakkan pula pada bahagia belakang. Peranti akan mula dijual 11 April ini pada harga $249 (~RM1086).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved