Samsung Melancarkan Aksesori Galaxy Note 10+ & Galaxy Buds Bertemakan Frozen 2 Di Taiwan

TechnologyDigital
5 Dec 2019 • 11:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Filem Frozen 2 adalah filem animasi 3D terbaru dari Disney. Ia mula ditayangkan di Malaysia sejak 21 November lalu dan sehingga hari ini masih lagi ditayangkan di pawagam. Bersempena dengan Hari Krismas kelak, Samsung telah melancarkan beberapa aksesori bertemakan filem animasi ini.

image is not available

Terdapat tiga kerangka pelindung yang dilancarkan oleh Samsung dan ia hanya terhad di pasaran Taiwan sahaja. Dua kerangka pertama adalah kerangka pelindung tahan lasak Galaxy Note 10+. Namanya adalah “Snow Treasure” dan “Journey” yang bertemakan bayangan watak-watak utama Frozen 2 dan juga memfokuskan watak Olaf. Kerangka pelindung ini juga mempunyai cip NFC terbina yang mana, apabila dipasangkan pada peranti tema Frozen 2 akan dimuat turun secara automatik. Tema ini juga menyertakan ikon, gambar latar serta Always-On Display. Harga jualan adalah TWD1490, iaitu sekitar RM204.

image is not available

Kerangka ketiga adalah kerangka khas untuk Galaxy Buds. Nama kerangka ini adalah “Snowball” yang mana bertemakan Olaf dengan beberapa salji. Harga jualan adalah TWD890, iaitu sekitar RM52. Kesemua kerangka ini memang unik dan comel. Sayang sekali, ia hanya terhad di pasaran Taiwan sahaja.