Inspektor dipercayai rogol wanita Mongolia diberkas

12 Apr 2020 • 4:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PETALING JAYA - Seorang pegawai polis ditahan selepas dipercayai merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pegawai berpangkat inspektor berusia 30 tahun itu dipercayai berbuat demikian selepas menahan wanita terbabit di sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini sebelum dibawa ke hotel berkenaan.

Menurutnya, hasil maklumat berjaya menyelamatkan dua wanita berusia 20 dan 37 tahun di hotel terbabit.

"Mangsa yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang lengkap itu sudah menjalani pemeriksaan, ketika ini mereka diletakkan di bawah penjagaan D11 (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Petaling Jaya.

"Suspek kini direman selama lima hari," katanya ketika ditemui pemberita di SJR PJU 7/1, Mutiara Damansara, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, beliau mengambil kesempatan ini menzahirkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku namun akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut undang-undang sedia ada.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved