Covid-19: Timbang bantuan kepada peniaga kecil terjejas

LocalPolitics
18 Mar 2020 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta kerajaan memberi bantuan kewangan atau insentif khas kepada peniaga terutama penjaja yang terkesan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Exconya, Muzzammil Ismail berkata, kerajaan mungkin boleh memikirkan bantuan secara one off bagi mengurangkan tekanan psikologi kepada golongan peniaga berpendapatan rendah.

"Insentif khas juga wajar dipertimbangkan kepada petugas kesihatan dan keselamatan yang mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada virus ini," katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini hingga 31 Mac di seluruh negara mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Jelasnya, Perintah Kawalan Pergerakan itu membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved