Jam Tangan Pintar Fossil Hybrid HR Dilengkapi Muka Jam Analog Dan Skrin E-Ink

TechnologyDigital
7 Nov 2019 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masalah utama jam tangan pintar ialah ia perlu dicas dengan kerap berbanding jam tangan analog. Ketahanan bateri terbaik adalah sehingga 14 hari seperti Huawei Watch GT2 tetapi secara majoriti ia bertahan sehingga dua hari sahaja. Oleh itu jam tangan pintar hibrid mengimbangi keperluan menunjukkan masa yang tepat dan fungsi pintar.

image is not available
Fossil Hybrid HR ialah jam tangan pintar hibrid terkini yang mempunyai muka jam tangan analog dan sebuah skrin e-ink. Teknologi e-ink membolehkan skrin sentiasa memaparkan maklumat tanpa menggunakan bateri yang banyak. Dengan sekali caj Hybird HR boleh berfungsi sehingga dua minggu.

Terdapat pengimbas nadi, pengesan aktiviti dan penjejak tidur. Pengguna turut boleh mengawal permainan muzik di peranti menggunakan jam tangan pintar ini. Ia ditawarkan dengan pilihan tali logam. kulit dan silikon. Buat masa ini ia hanya menyokong tambatan kepada peranti pintar Androdi dan iOS sahaja. Fossil Hybird HR dijual pada harga $195 (~RM808) seutas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved