Jam tangan pintar untuk pengguna cergas Samsung Galaxy Watch Active 2 akhirnya tiba ke pasaran Malaysia hari ini. Ketiga-tiga versi iaitu aluminium, versi tahan karat dan Under Armour ditawarkan.

- Aluminium – RM1,099 (44mm)
- Stainless Steel – RM1,299 (40mm), RM1,399 (44mm)
- Under Armour – RM1,099 (40mm), RM1,199 (44mm)
Harga jualan jam tangan pintar ini lebih mudah berbanding Apple Watch Series 5 yang dijangka dijual di Malaysia pada penghujung bulan ini. Keunikan Galaxy Watch Active 2 terletak pada sistem kawalan menggunakan bezel yang kini dari jenis sesentuh. Sebelum ini sistem yang sama digunakan pada kawalan bezel berputar fizikal.
