Reezal Merican, Wan Ahmad Fayhsal mampu pacu sukan negara

10 Mar 2020 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) percaya Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mampu memacu sukan negara ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.

Presiden SAM, Jasni Shafie dalam satu kenyataan media turut merakamkan tahniah kepada Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan baharu.

“Seperti kebiasaan sebelum ini, setiap Menteri Belia dan Sukan yang dilantik secara automatik akan menjadi penaung bagi persatuan yang disertai lebih 200 pengamal media tempatan.

"Exco SAM akan terus berhubung dan menjalinkan kerjasama dari semasa ke semasa agar hubungan yang terjalin bersama kementerian sejak sekian lama akan terus utuh sampai bila-bila," katanya hari ini.

Katanya, SAM akan menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi di bawah kementerian berkenaan menerusi pengalaman media sukan, bagi memastikan sukan di Malaysia terus diangkat dalam bentuk publisiti dan sebaran media, seiring kemajuan dan peredaran semasa. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved