Mingguan Amanz – Huawei Nova 5 Pro, Oppo Meshtalk, Vivo 5G

30 Jun 2019 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini menyaksikan acara MWC Shanghai berlangsung di China, sekaligus sejumlah syarikat memperkenalkan pelbagai teknologi baru. Mencuri perhatian adalah pihak Vivo dengan pengenalan peranti dengan sokongan rangkaian 5G, selain turut memperlihatkan peranti dengan sokongan pengecasan pantas.

Selain Vivo, pihak Oppo turut mencuri perhatian dengan memperkenalkan sokongan panggilan jarak dekat tanpa bergantung kepada talian telekomunikasi, dinamakan MeshTalk. Pada masa yang sama, Vivo juga turut memperkenalkan teknologi kamera disebalik skrin pada telefon pintar sebagai alternatif untuk penggunaan mekanisma kamera pop-naik, atau skrin bertakuk.

Minggu ini turut menyaksikan pihak Dell memperkenalkan komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan dengan sokongan penggunaan bateri sehingga 20 jam lamanya.

WeChat pada minggu ini mengumumkan sokongan membuat tempahan makanan bersama restoran – memudahkan pengguna membuat tempahan makanan terus menggunakan peranti mudah-alih yang dihantar terus ke meja mereka disesuatu restoran.

Dan akhir sekali, satu lagi perkhidmatan penstriman muzik memasuki pasaran tempatan iaitu Mubi.