Culik nelayan: Polis tunggu maklumat dari Filipina

24 Sep 2019 • 11:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA KINABALU - Polis Sabah masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa keselamatan Filipina berhubung kejadian tiga nelayan dipercayai warga negara jiran diculik di kawasan perairan Tambisan, Lahad Datu semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, setakat ini belum ada pengesahan diterima daripada mana-mana pihak keselamatan Filipina berhubung kes berkenaan.

Katanya, mengikut saksi kejadian, kes penculikan tiga nelayan itu berlaku jam 11.50 pagi selepas melihat sebuah bot ditunda oleh salah satu bot pam digunakan suspek ke kawasan perairan Tawi-Tawi, selatan Filipina

“Ada nelayan lain menghubungi Bilik Gerakan Marin di Sandakan bahawa ada ternampak bot itu dan anggota marin kemudian pergi (melihatnya) dan mendapati kru bot sudah tidak ada.

“Kita tunggu (maklumat pengesahan pihak keselamatan Filipina),” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, polis sedang mendapatkan saksi-saksi kejadian termasuk pemilik bot untuk siasatan lanjut, dan siasatan masih diteruskan.

Sebelum ini, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Hazani Ghazali yang dihubungi mengesahkan berlaku kejadian penculikan di perairan Tambisan, dekat Lahad Datu.

Ketiga-tiga nelayan itu dipercayai diculik di perairan Geem Reef oleh tujuh lelaki bersenjata dan dibawa ke selatan Filipina. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved