Kodak Melancarkan Aksesori Untuk Peminat Fotografi Telefon Pintar

TechnologyDigital
9 Sep 2019 • 5:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lebih banyak gambar diambil sehari menggunakan telefon pintar berbanding kelengkapan fotografi lain di dunia. Malahan di Malaysia sudah wujud perkhidmatan fotografi majlis kahwin menggunakan telefon pintar dengan penawaran pakej yang lebih murah, Kematangan teknologi kamera telefon pintar kini menyebakkan wujud pasaran untuk aksesori khusus yang menyasarkan peminta fotografi mudah alih.

image is not available
Kodak, jenama yang tidak asing dalam dunia fotografi analog kini menerjah masuk ke dunia fotografi telefon pintar, Mereka melancarkan aksesori seperti tripod, lensa klip dan lampu untuk telefon pintar. Tiga lensa klip dilengkapi lensa ultra sudut lebar, mata ikan dan makro 15X. Tripod dilengkapi alat kawalan jauh bluetooth dan lampu berbentuk bulat turut disertakan. Set rasmi fotografi Kodak ini dijual pada harga $70 (~RM 290).