Sudah sampai masa UMNO masuk ke sekolah pula, kata Zahid Hamidi

PoliticsBusiness & Finance
4 Dec 2019 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - UMNO berhasrat untuk mendekati pelajar selepas ini setelah berjaya mendapatkan sokongan mahasiswa, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap pada majlis makan tengah hari bersama Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Ahmad Zahid menegaskan UMNO akan cuba mendekati pemimpin pelajar di sekolah seluruh Malaysia.

“Saya amat berharap agar mereka yang berada di bangku sekolah juga didekati. Ini kerana PRU (pilihan raya umum) akan diadakan sama ada 2021 seperti disebut SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) atau sebelum tempoh tersebut.

“Kita amat berharap Pemuda dan Puteri berganding bahu untuk menarik mereka bukan hanya bersama kita tapi jadi jentera dan penyokong kuat calon BN (Barisan Nasional),” katanya.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved