Pada Julai tahun lalu, sistem ujian memandu menggunakan kamera litar tertutup telah diuji oleh JPJ di Johor. Selepas lebih setahun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan sistem ini akan diperkenalkan ke seluruh negara bagi menggantikan sistem manual yang digunakan sekarang.

Anthony Loke walau bagaimanapun tidak memberikan tarikh bilakah sistem ini akan diperkenalkan ke seluruh negara. Di kawasan dengan capaian Internet yang kurang baik, sistem ujian manual akan dikekalkan.
Sekolah-sekolah memandu perlu memohon kepada pihak JPJ untuk menggunakan sistem yang diintegrasikan kepada sistem mySIKAP ini. Hanya selepas melepasi piawaian JPJ sistem ini akan digunakan. Selain mengelakkan masalah lesen terbang, ujian elektronik ini juga diharap mampu menjimatkan sumber dan masa pegawai JPJ.
