Penganjuran Bazar Ramadan belum diputuskan: Ismail Sabri

LocalPolitics
2 Apr 2020 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA Kerajaan belum memutuskan sama ada penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara akan diteruskan atau sebaliknya susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa khas menteri juga belum membincangkan secara formal berhubung perkara itu.

"Masih terlalu awal untuk kita membincangkan perkara tersebut. Kita berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengemukakan cadangan.

"Kita lihat secara terperinci buruk baiknya kepada masyarakat terutama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, semua keputusan yang akan dibuat perlu merujuk KKM terlebih dahulu.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved