YouTube Kids Akan Hadir Ke Web Dan Kini Terdapat Penyaring Kandungan Untuk Pelajar Pra-Sekolah

TechnologyDigital
29 Aug 2019 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube Kids adalah aplikasi YouTube yang dikhaskan untuk kanak berusia bawah 8 tahun. Pada tahun lepas, YouTube Kids dikemaskini dengan tetapan baru yang menyaring kandungan dengan lebih rapi untuk kegunaan ibu bapa. Ini memudahkan ibu bapa menggunakan aplikasi yang sama bagi menonton kandungan yang mereka ingini.

image is not available

Terkini, YouTube Kids dikemaskini dengan lebih tetapan untuk menyaring kandungan buat kanak-kanak. Jika sebelum ini hanya untuk 8 tahun dan ke bawah, kini terdapat tiga kategori; 1) Preschool untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah, yang mana kandungan adalah kreativiti, bermain-main dan pembelajaran. 2) Younger untuk kanak-kanak berusia 5-7 tahun dengan kandungan pelbagai topik, muzik, kartun dan banyak lagi. 3) Older pula untuk kanak-kanak berusia 8-12 tahun yang menyertakan kandungan seperti muzik video, vlog kekeluargaan, sains dan banyak lagi.

image is not available

Tidak lama lagi, YouTube Kids turut akan hadir dalam bentuk web. Dengan kehadiran ini, kanak-kanak tidak lagi terhad dengan penggunaan pada peranti mudah alih. Jika mereka bersama dengan ibu bapa di pejabat atau kerap mengganggu mereka bekerja, buka sahaja YouTube Kids web untuk hiburan si anak kecil.